Monday 5 September 2016

Senyum







Ada org bertanya.
Kenapa dia seperti mewujudkan dinding antara diri dia dengan manusia lain. Dia mudah terhibur, senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Bila orang menyatakan sedemikian, dia menyedari sesuatu. Orang berkenaan berkemungkinan dapat melihat jauh ke dalam diri dia yang berusaha keras mengasingkan diri daripada sakit lagi.
Dia mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya dia sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, dia mengubah diri dia menjadi lebih meredhai apa yang dia lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling dia tersenyum gembira,dia akan teruskan juga. Ah, bukankah dia perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Mungkinkah ini yang dikatakan pengorbanan?

Orang : Kenapa awak bina dinding antara awak dengan orang lain?
Dia: Dinding?
Orang : Ya, awak bina dinding dari didekati orang lain. Sebab pernah terluka dahulu?
Dia: Mungkin. Entah. Hati saya macam kaca.
Orang: Maksudnya?
Dia: Hati saya macam kaca. Penuh calar balar, penuh parut hodoh menahan sakit dan sengsara. Saya bertahan dan saya takut, kalau satu hari nanti kaca ini pecah, saya akan lukakan diri sendiri dan orang sekeliling saya. Kalau saya sendiri tidak mengapa, tapi bagaimana dengan orang lain?
Orang : Faham.

Disebabkan itu juga, bila dia didekati dengan baik oleh sesiapa sahaja, dia membuka ruang sedikit demi sedikit agar dia juga boleh menjalani hidup seperti manusia biasa. Jika orang hulurkan persahabatan, dia menerima dengan hati terbuka, dan dia akan menggila bila dia dikhianati semula.

Dan kau perlu tahu sesuatu.
Tidaklah penting mungkin bagi kamu.
Tapi penting untuk dia.

Dia tidak pernah kata dia baik.
Dia tidak pernah mendabik dada kononnya dia telah berjaya.
Bahkan dia bukan apa-apa.
Tapi salahkah dia mahu sedikit bahagia?

Berhadapan dengan insan insan dalam satu masa yang same, insan yang pernah meninggalkan parut satu masa ketika. Betapa hebatnya diri dia rasakan. Bukan kerana apa. Kerana ketika itu dia mampu berdiri tegak mendongak senyum dan tertawa pada dunia.

"Saya tahu awak kuat"

Kau tahu kan?
Dia senyum bukan kerana semuanya baik.
Tapi dia percaya semuanya akan baik kalau dia senyum.
Cukuplah.
Dia sudah lali namanya jarum halus penuh sakit dan benci.

Picisan:
Menjalani hidup dengan baik, itulah sebab kenapa semua orang patut teruskan kehidupan dengan hati yang gembira. Senyum. Tabah dan kita boleh hadapi apa sahaja.

~Ada 2 perkara yang boleh buat ardenalin aku bergerak laju untuk throw out and split.

1.Tidor
2. Lagu

No comments:

Post a Comment