Monday 7 March 2016

Kunci

Diam...focus benar drive.
"Kau fikir apa?"
"Hmm kenapa?"
"Aku perati dah lama"

"Kau percaya aku bencikan lelaki"?
Hahaha
" tak kau tak benci lelaki. Tapi kau benci perangai jahat mereka"

"kau terlalu banyak memendam kawan. Lepaskanlah."

"Aku nak tanya kau satu soalan. Kenapa tuhan tak tarik balik rasa yang dia bagi,sedang kan rasa tu semakin menyakitkan?

" istifar banyak-banyak kawan. Bersyukur la kau masih ada peluang nak rasa. Itu hak Dia nak beri atau tidak. Kau tak ada hak nak pertikaikan.mungkin ada benda yang Dia nak kau belajar. Betul semua sudah tertulis..tapi pilihan ada dalam tangan kita"

Ada bening cepat diseka. Aku faham kau rasa walau aku sendiri tak pernah alami. Kau sembunyi 1001 cerita yang kau seorang saja yang tahu. Hati kau mungkin tak.ada yang nampak tapi mata kau tak pandai nak menipu.

Bila kau tersungkur buat kesekian kali..kau rasa penatnya bagaimana. Dulu masa kau rabak dia datang ubat hati kau. Tapi the end dia juga yang koyakkan hati kau separahnya. Kau patut berterima kasih kalau tak kerana dia.kau tak setabah sekarang. Kalau tak kerana dia kau takkab dpat belajar banyak benda tentang kehidupan

"Aku cuma harap aku boleh lupakan semuanya. Walau pun secebis harapan dan kenangan."

Putus asa? Tak..kau tak putus asa cuma kau penat. Ye penat dengan semuanya. Dan kau rasa nak tutup semua pintu-pintu yang ada sekemasnya kunci dan campak kunci tu jauh-jauh biar tak ada siapa dapat buka lagi. Ada beza redha dengan pasrah..ada beza..Ada.

Kereta meluncur laju membelah malam yang hening.tiada lagi perbualan. Hanya radio memutarkan lagu.






Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti

Hikmahnya di sebalik takdir


Kekniss: At the end. Nobody cares.... Nobody.

Bersambungggg......

No comments:

Post a Comment