Saturday 12 March 2016

Pintu dan Kunci

Sambungan.... KUNCI 070316

#sedang mendengarkan : Indah- Disebalik Takdir 


Kadangkala kita perlukan seseorang itu sebab dia sebahagian daripada kita, tapi kita selalu terlupa, adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita perlukan dia disebabkan kita sayang dia? [Lepas ditegur, aku baru perasan yang ayat aku salah. Maka yang betul adalah ini Adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita sayang dia disebabkan kita perlu dia?] Itu membawa kepada dua pengertian berbeza yang pastinya.

Orang yang kurang matang akan menyatakan saya cintakan awak kerana saya perlukan awak, tetapi orang yang matang akan menyatakan saya perlukan awak kerana saya cintakan awak. Jadi mana satu antara kita?

Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu yang pincang. Peliknya, kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui kepayahan begitu.

Kawan : Kau pernah rasa rindukan seseorang?
Aku : (ketawa) Soalan ape ni?
Kawan : Jawab je la.
Aku : Pernah.
Kawan : Susahkan bila kita rindu orang ni?
Aku : Susah ke? Kalau orang itu hidup lagi, banyak je cara nak hubungi dia. Gunakan je dan lepaskan rasa rindu tu.
Kawan : Tapi kalau orang yang kita rindu itu tak rindukan kita?
Aku : (ketawa) Ni kelakar.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau tak tahu hati orang. Mana kau tahu dia tak rindu kat kau?
Kawan : Sebab bila aku kata aku rindu, dia senyap je.
Aku : Mungkin dia segan? Ataupun aku rasa benda macam ni tak perlu kot sentiasa  nak diluahkan guna kata-kata kan?
Kawan : Rasa macam bodoh pulak bila aku rindu orang begini. Aku je yang sayang dan perlukan dia agaknya.
Aku : Kau sayang dia sebab perlukan dia atau kau perlukan dia sebab kau sayang dia?
Kawan : Ada beza ke?
Aku : Ada.
Kawan : Aku perlukan dia sebab aku sayang dia. Kalau aku tak sayang dia, buat apa aku perlukan dia?
Aku : Jawapan orang matang.
Kawan : Eh, kalau orang minta gambar kau, apa kau buat?
Aku : Bergantung siapa orang tu.
Kawan : Katakanlah kalau orang tu minat kau, apa kau akan buat?
Aku : Senang je. Aku akan jawab begini,"Google je gambar saya". (ketawa)
Kawan : Keji gila perangai.
Aku : (ketawa) Sebab kita tak tahu adakah orang yang minat kita itu, kita minat atau tak. Tapi selalunya, orang yang minat kita adalah orang yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang yang langsung tak pandang kita.
Kawan : Macam menyindir.
Aku : Choi! Mana ada. Itu benda ironi yang manusia selalu buat.


 Kadangkala ada orang yang singgah di hati kita dan meninggalkan jejak yang dalam tetapi malangnya, mereka hanya tinggalkan kesan tapak kaki yang tidak dapat ditanggalkan apabila mereka berlalu pergi.

Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya, apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalam tu. Seperti juga kau duduk termenung di luar pintu sebuah rumah, tangan teragak-agak nak menekan loceng atau mengetuk pintu rumah tu. Adakah ada ruang yang istimewa untuk kita?

Masa mereka mula-mula kenal, Dia cuma nampak permukaan jiwa kau. 
Masa mula-mula mereka kawan, dia cuma nampak luaran hati kau.
Tapi kau terima dan kau mula tamak.

kau berdiri di luar hati dia.
 
kau ketuk perlahan-lahan.
kau datang setiap masa, setiap hari.
kau tanya, bila agaknya kau dapat masuk ke pintunya.

kau datang setiap hari sehingga dia kehilangan diri.
 
kau marah dia- kau kata dia menyelinap masuk ke dalam hati kau tanpa perlu usaha.
dia termangu - dia dalam hati kau, jiwa kau?
kau nak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar kau boleh masuk ke dalam.

Dia berikan kau kata laluan.
 
kau buka dengan perlahan.
kau mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
kau baca setiap helaian manuskrip dalam hati dia.
Lembaran demi lembaran kau baca.

bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, kau berdiam diri?
 
kenapa kau tak mahu lebih mengerti?
Mengapa kau tak mahu bertanya kepada dia, tuan punya diri?

 hati yang kau masuki adalah hati dia.
 
Kamus yang kau perlukan adalah dia.
adakah kau masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

Dan akhirnya......

Pincang?
Ya, tulisan hari ini ada pincangnya untuk manusia yang memahami.Kadangkala dalam hidup ni kau perlu kekalkan sikap sinikal dan sarkastik dimana kau cuba untuk ditikam lagi dan lagi. Dan kadang kala berdiam diri adalah jalan terbaik untuk pulih buat sekian kali. 


kekniss:Finally...hah..kadang benci jugak tulis entry yang macam ni..urgghhh 

No comments:

Post a Comment