Sunday 6 December 2015

Kita Semua Rasa

Losing =  emptiness

Apabila kau hilang someone yang kau sayang, mesti akan ada sekelompok manusia yang hidup sekeliling kau berteriak umpama mereka faham apa yang kau rasa. Time tu juga tiba-tiba muncul manusia yang  berteriak lantang seolah-olah mereka tahu kau ni jenis orang yang macam mana, dan tahu strategi yang kau akan guna untuk settlesemuanya.

Tetapi, dalam kelantangan mereka berkata umpama mereka peduli tentang semua benda. Tak ada seorang pun yang jujur dengan kau, bukan tipu, cuma tak jujur. Percayalah, dan aku rasa kau sendiri pun tahu. Tak ada seorang manusia pun yang betul-betul faham perasaan kau, yang tahu keadaan kau bila kau melepet kesepian dekat rumah sensorang, yang peduli bila kau terlentang atas katil meratap langit yang terbentang, tak ada siapa tahu macam mana duka lara kau rasa bila kau menangis menjerit sensorang.

Kau ingat mereka peduli?

Tak ada siapa peduli.

Aku pasti.

Mati hati ni sebenarnya lebih kurang je dengan mati jiwa. Cuma bila mati hati, kau masih diberi peluang untuk teruskan hidup dan bina segalanya semula, itu bezanya.

Bila kehilangan, mesti akan ada proses pembentukan semula. Mencari semangat untuk bangun dengan gagah memapah segala kudrat dan kehendak yang ada untuk mengutip sisa-sisa cebisan yang berderai. Memang makan masa, ada yang mengambil masa dua tiga minggu, ada juga yang berbulan-bulan dan bertahun lamanya. Bila dah lepas stage meratap, bila kekuatan dah ada dan segala kudrat dah dihimpun bersama. Kau sendiri akan bangun tersenyum dan merasa sebenarnya dunia ni tak ada lah sekejam mana yang kau, aku, dan kita semua sangka. Tetapi, nanti, akan ada benda yang mendorong kau mengenang kenangan lama.

Aku pasti, pasti ada.

Kau fikir kau dah terima rasa kehilangan tu, tapi satu benda jadi.

Puff!

Umpama magis, sekelip mata sahaja.
Buat kau rasa kau kehilangan benda yang sama. Sama macam dulu yang kau rasa.

Ramai orang percaya bilamana kita dah berjaya lompat keluar dari satu dimensi yang penuh kesedihan kita dah berjaya lari dari luka lama. Sebab apa? Sebab orang kata,

“Kenapa nak ingat luka lama, bila yang suka dah ada depan mata?”.

Tetapi kita lupa, tiap yang terbuka tu perlu ditutup semula. Kau takkan mampu baiki semua luka dalam satu masa. Macam mana kau belajar menjadi manusia dari sekecil bayi sampai sebesar hari ini, macam itu juga lah kau perlu bangun dan belajar memperbaiki hati. Langkah demi langkah. Kau takkan berjaya tutup semua luka bila dah ada suka depan mata, tapi kau akan kutip satu persatu cebisan jiwa yang kau hilang dan cantumkan semula bila tiba masa.

Kau akan rasa mati hati berkali-kali, tapi sakit tu kau akan rasa berkurang sedikit demi sedikit saban hari.


Suka dan duka tu sebenarnya satu benda yang saling berkait, kau takkan dapat salah satu tapi kau akan rasa dua-duanya sekali. Kau nak suka? Kau kenalah rasa dukanya. Tapi ingatlah, bilamana kau cuba tempuh saat kehilangan jangan cuba berlagak seperti kau dah cukup kuat untuk hadap semua sakit tetapi cuba belajar untuk kuatkan hati.Set kan minda kau sendiri yang mana bila orang yang kau sayang mati dalam jiwa, tak semua benda dalam dunia ni mati bersama dia. 

Menangislah semahunya, meratap lah bagai gila dan ambil masa seberapa lama mana pun yang kau ada. Fikirlah, dalam kau menangis cuba berusaha membaik pulihkan jiwa dan keadaan, akan ada manusia lain dalam masa yang sama yang sedang tersungkur terjelepuk jatuh dan menahan kesakitan sebab kehilangan.

Dalam menempuh hari yang mendatang, pasti akan ada hari kau hilang orang yang kau sayang, kau patah hati. Kau kena tahu yang kau takkan mampu lenyapkan semua luka dalam kotak masa yang kau ada sebab kau cuma manusia biasa. Kau bukan adiwira. Kau tak ada superpower.

Semua yang jadi, bersebab. Kau takkan dapat jawapan terus menerus kepada setiap persoalan. Cuma simpan rasa percaya, dan jaya tu akan datang sendirinya. Dunia takkan bentangkan semua dan suap kau dengan jawapan kepada soalan yang kau hamburkan, tetapi dunia akan mengajar kau cara untuk mencari tiap langkah kepada jawapan.

Dunia tak kejam macam yang kita sangka. 

Mungkin dalam tiap kemanisan, pasti ada kelukaan.


Tetapi jangan lupa, dalam luka tak mustahil ada manisnya.

Kekniss : mengidam char kuew tiau sungguh-sungguh nih..adeyh

No comments:

Post a Comment